shoutbox

Friday, February 20, 2009

psst..psst couplee

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

first: langsung tidak mempunyai niat yang baik

takde langsung niat baik:berkahwin . hubungan yang takde tujuan tidak harus kerana sekadar untuk berhibur. contohnye they know the relationship won't last and just for fun, but stillnak gak ikot trend.

second:tak ikot syarat agame

Lumrah bercouple macam tidak boleh lari dari aktiviti seperti "dating", "shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng" ahah-ahaha. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan words yang konon tunjuk sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah HARAM


thirdnye:jatuhkan maruah seseorang esp. woman

bile pasangan yan bercouple dating,peribadi wanita muslimah pasti dipersoal.orang takkan cakap tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung ke sana-sini.. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.

keempat: membazirkan duit kat bende tak perlu

biasenye lelaki kene belanje wanita. ade yang sanggup menop up kan la, semate-mate supaya diorang boleh gayut, msg2 lameeeee.

last: semestinye membuang mase kat bende sia-sia

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara 'marathon' dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama? 

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. 

tenkiu2

1 comment:

Keretapi said...

i know u are hazirah kan?
gaye tulis.
haha.
ye betol2.
kite yg buat couple tu haram.
i mean manusia lah, kite tak pnah couple pon so dont blame me.
blame people that do the forbidden things to prove their love. hah.

kite sebenarnya da lame nak post kat blog sendiri, since kite da bace byk psl couple. tp tak terbuat lak.isk.

satu istilah couple yg boleh diguna pakai dlm islam tanpa berkahwin ialah tunang.
sebab tunang sgt harus,
itu pon kalaulah tak melanggar batas semua. tp ye, tunang tu tak diharamkan sebab langkah ke alam perkahwinan. sekian.

tapi couple kebanyakannya mcm, well. u know it yourself. mengubat jiwa yg lara, mencari pengganti rindu blabla. bukan nak kawen pun. so nasihat kite disini, silalah kawan elok2, jgn langgar batas. mase kawan tu ikhlas, dan bila rase dah sesuai, gi masuk minang. the end. kalau tak timbul lah dosa di situ; melengahkan ikatan yg sah.

dah tau budak sekolah, undang2 malaysia tak kasi kawen, asal nak gi bercinta? kang terkandas di tgh jalan, dah dpt dosa zina mcm2. walaupun tak buat zina secara praktikal. jadi jgnla bercinta.

scandal saje sudey.
hakhak X)

conclusion; we cant do one without another.
(couple dan dosa)

layout