Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :
first: langsung tidak mempunyai niat yang baik
takde langsung niat baik:berkahwin . hubungan yang takde tujuan tidak harus kerana sekadar untuk berhibur. contohnye they know the relationship won't last and just for fun, but stillnak gak ikot trend.
second:tak ikot syarat agame
Lumrah bercouple macam tidak boleh lari dari aktiviti seperti "dating", "shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng" ahah-ahaha. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan words yang konon tunjuk sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah HARAM
thirdnye:jatuhkan maruah seseorang esp. woman
bile pasangan yan bercouple dating,peribadi wanita muslimah pasti dipersoal.orang takkan cakap tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung ke sana-sini.. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
keempat: membazirkan duit kat bende tak perlu
biasenye lelaki kene belanje wanita. ade yang sanggup menop up kan la, semate-mate supaya diorang boleh gayut, msg2 lameeeee.
last: semestinye membuang mase kat bende sia-sia
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara 'marathon' dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama?
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
tenkiu2
