shoutbox

Saturday, September 13, 2008

pasal couple dan zina.

ni ialah sebahagian article dlm blog seorang hamba allah, lelaki, yang banyak bercakap bab agama dengan cara yg sempoi dan berutal. ni pasal zina dan apa budaya couple boleh buat kat kita org islam. kalau korg cepat melatah dan tak open, jgn baca. ni utk pengajaran.

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?,

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa, penyakit kelamin dan doctor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar, lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda sehingga kawan aiman yang umur 5 tahun tapi dia kecik sajer, bila main dia cepat letih, tapi aiman cakap: “dia tak kisah..”

Akupun tak mendikrimasikan kawan aiman, tapi kisahkah kita jika jumlah kawan ‘aiman’ semakin bertambah?..oh!

Kawan aiman menjadi mayat yang sukar di uruskan sehingga terpaksa meminta pengurus mayat yang pakar…
Apa perasaan Aiman bila lihat mayat sahabatnya….?

Naduzubillah?

Kenapa semua ini terjadi?

Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan’ kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I'm seks education”.

Dahsyat..., dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!

Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?
Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik…

Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..

Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)

Aku sekarang ni pun dah dapat anak perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu pada bila bila dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

Tahukah korang?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN NAFSU YANG DAHSYAT..
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!

Tahukah korang?

ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN NAFSU YANG DAHSYAT..

Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian…kesihan.., adakah ‘bukan aiman’ semua tak kisah???

Tahukah korang?
REMAJA –REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN NAFSU YANG DAHSYAT..
Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, pastu korang taulah. masuk neraka jawabnya.

Luahan hati:
Copy/paste
hamba ALLAH said...

assalamualaikum.....nk mnt pndgn korg..aku pembc setia blog bro hamka ni..tp hari ni br nak bg komen..dlm erti kata lain nak mnt korg komen..sori bro hamka

camni..aku jatuh hati kat sorg wanita..same tmpt blaja ngn aku..junior aku..muda sethn..dia ni mmg baik sgt..tgk skali pun dh tau dia mmg sgt baik..lembut..pkai smua pun tutup aurat..pndai msak..nak kata semua ckupla...aku x pernah pun terfikir akan jatuh hati ngn dia ni..sbb dulu b4 dia dtg cni(utk pengetahuan smua.aku pelajar thn akhir kat sbuah univ kat oversea..bkn nk bangga)

dia dah ade pakwe..mmg dia ngaku la dia dh ade pakwe..so stud laki sume xde ar yg usha2 dia..tp lpas duk 2 thn..dpt berita dia dh clashed ngn pakwe dia..pas2 dia x layan mn2 laki dah...tp disebabkan aku ikhlas kat dia,,aku try gak luahkan perasaan aku kat dia..n dia minta masa utk dia fikirkan..n satu mlm tu dia trus trang kat aku..dia bgtau semua..aku amat terkejut ble dia kata...

...dia kata..

...dia dh xde pape..pakwe lama dia dh `rase` smua apa yg ade pd dia...

oh Tuhan...aku taktau nk ckp pe..speechless...aku x pecaya...tp dia x ilang dara lg ar...tu aku taktau ar..dia berterus trang kat aku..dia bgtau sbb dia kata dia xnk berselindung...n dia ckp..dia tau xkn ade laki yg snggup terima dia jd isteri...aku terdiam gak...dh beberape hari ni aku wat solat isthikarah..mnta ape yg baik...aku tau dia dh berubah..tapi aku takut aku x leh terima hakikat yg isteri aku tu bekas org..laki laen dah sentuh..oh..cmne ni..aku tau dia baik..baik sgt..dia pnah kata..kalo xde org snggup terima dia lagi..xpe..ckup ALLAH sbg pemelihara dia..

cmne sahabat2 smua..aku tgh bengong..bro hamka..bg la pendapat...takut kalo lepaskan..xkn jumpa pompuan sebaik dia lg...tp kalo terima..takut xleh terima hakikat dia tu bekas laki lain..

……………………………

Hamka Said:

Dalam islam melarang couple sebelum kahwin kerana dah berapa ramai yang terlajur perahu boleh di undur, terlanjul lain, nerakalah jawabnya…

So sekarang ni, bila orang lelaki atau permpuan sudah akhil baligh, dan di tambah dengan suasana hiburan yang dahsyat, maka datang menganggu gugat kehidupan para remaja, la ni.

Korangpun biasa dengar kisah seorang wali Allah iaitu ahli ibadat yang hebat ibadatnya tapi akhirnya tersungkur di kaki wanita(berzina) dan mati masuk neraka…oh!
(cerita detail-boleh rujuk kitab dan ustaz)

Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita(berzina) lalu di azab sampai sekarang..
(rujuk kitab Harut dan Marut)

Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan', maka apatah lagi aku dan korang..

GAC cakap ; tu jelah. kalau ada isi yg tak patut, jgn ingat. yg patut, ambek pengajaran ye. sbenarnya panjang gila, tapi atas dasar keselamatan fikiran, yang tak patut dan tak perlu tu didelete sudah :D


No comments:

layout